Sunday, November 28, 2010

Rindu-rinduan.

Aku bosan sekarang ni, sepatutnya sekarang ni aku dekat maple tgk bola, tapi disebabkan hujan turun dengan lebatnya terpaksa tangguhkan hasrat tu sebentar, Then dalam tak buat apa-apa tu, baik aku update blog yang masih lagi suci murni ni. hehh.

Rindu? Aku sure korang tahu rindu tu apa, orang gila je tak tahu. Bila cakap pasal rindu, macam-macam la yang lalu kat kepala hotak korang tu, ada yang rindu kat girlfriend rindu dekat boyfriend, rindu dekat kucing yang dah mati korang beli dari kecik, macam-macam lah jenis rindu yang ada kan. Terpulang dekat korang la nak rindu siapa ye. 

Tapi kalau korang tanya aku, hmm for sure la orang yang paling aku rindu is my late father. Rindu sangat-sangat. Kenapa lah lately ni aku selalu sgt teringat kat babah. Tak salahkan? Aku cuma rindu babah. Even dah lama babah pergi, tapi aku rasa mcm baru semalam je jumpa babah. Hmm, tapi aku sedar, yang hidup pasti akan mati. And kita yang hidup ni mesti teruskan hidup kita yang tak pasti neh. Aku cuba kuatkan semangat aku untuk terima semua ni dgn redha. Al-fatihah.

Sorang lagi yang aku rindu sangat-sangat sekarang ni is my mom. Aku rasa korang pun tahu kut mama aku pergi mana. Takpe lah, untuk yang tak tahu, mama sekarang ni tengah menjalankan ibadah haji kat Mekah. Dah lama dia pergi sana, tengah-tengah bulan 10 yang lepas. InsyaAllah, mama akan pulang kembali on 6 December. Sama-sama lah doakan keselamatan mama and semoga mama dapat Haji yang mabrur. Amin. Tersangat rindu dah ni :')

Eh, okay lah. Hujan pun dah nak berhenti ni. nanti update lagi. Salam :)

2312/11282010
edzwanismail.


No comments:

Post a Comment