Sunday, November 28, 2010

Tensi serta Stress yang meluak-luak.

Haihh. Entah kenapa kali ni aku rasa tension sangat. Banyak sangat masalah aku neh. Macam-macam duk pikir je. Yuran tak bayar lagi, transport kat poli entah tktahu, paling ketara is masalah kewangan. Cukup-cukup masalah. Ni semua PTPTN punya pasal, kalau kau luluskan pinjaman aku, takde lah aku masalah mcm ni. Sem depan kalau aku tak dapat, taktahu nak cakap la. dah 3 kali cuba. Aku redha je lah, yang penting dah cuba. Kalau ada, ada lah. Takde nak buat macam mana. Terpaksa teruskan dengan plan B. 


 Hmm, sedar tak sedar cuti first sem aku dah nak sampai penghujungnya. Rasa sekejap sangat. Tapi takpe lah, cuti lama-lama pun bkn buat apa, bosan je plus membekukan otak yang agak lampi neh. Rasa-rasanya aku boleh ingat semua aktiviti aku time cuti ni, nothing. Rutin yang sama setiap hari. Bangun nak dekat-dekat petang. Malam keluar lepak minum. Kalau ada futsal pergi futsal. Tu je lah rutin harian. Tak berubah. Konklusinya, aku dah mula bosan dengan rutin harian yang sama hari-hari. At least kalau masuk belajar cepat boleh jumpa kawan-kawan and kalau belajar pun takde la rasa lama sgt en en :P  


So, bila kata pasal dah nak habis cuti, then result pon keluar  lah ye. Hmm, tak tahu nak nilai macam mana result aku neh. Study ala kadar, result pun ala kadar la kan? Ada kata ok, ada kata tak ok. Entah lah, aku rasa macam ok ada mcm tak ok pun ada. Tapi apa pun result yang aku dapat, aku kena lah terima. Dah itu yang aku buat. Nak menyesal pun takde guna. Benda dah lepas kan. Fokus la pulak next sem. *macam pernah pulak fokus. hahaha! takpe-takpe, sem baru azam baru lah kan. Mana lah tahu, rezeki aku ke sem depan. InsyaAllah :)


Aku tak rasa nak cakap panjang-panjang lagi buat masa ni, cukup lah ni kut. Lain kali lah pulak aku update. Jaga diri, Salam :)


2206/11282010
edzwanismail.

No comments:

Post a Comment