Tuesday, November 30, 2010

Title untuk cerita ni, korang lah tentukan eh?

Salam kepada sahabat-sahabat dunia maya, 


Sedar tak sedar, cuti aku untuk sem yang pertama ni dah sampai ke penghujungnya. Sekejap je dah 3 minggu. Rasa kejap gila doh.


So, bila dah hujung-hujung ni mulalah jadi kelam-kabut lagi-lagi untuk orang macam aku yang suka buat kerja last minute. Padan muka aku jugaklah kan. hahaha. Bukan nak kejar apa pun, rilek sudah. Ceritanya, esok nak blk rumah sewa, hari ini baru bayar yuran bagai. hahaha. Mula-mula pi keluarkan duit kat CIMB bank kat Pasaraya Hero depan rumah. Plan nak keluarkan Rm 300, sekali tak boleh daa. Baru aku ingat, CIMB bank aku limit keluar sehari Rm 200 je. Sebab aku bukak bank ni time aku sekolah dulu. So takleh keluar lebih dari Rm 200. Aku jadi jam kejap. Then nak buat macam mana, terpaksa la bayar dulu mana yang boleh.


Mula-mula gerak Bank Islam dulu cuz nak bayar Yuran ... tak payah la aku cakap kut yuran apa. Agak menyakitkan hati bila sampai-sampai tgk kemain ramai orang, lepastu bank tu boleh pulak pi bukak 2 kounter je. Salah siapa? salah aku. Padan muka aku lagi sekali. Tunggu punya tunggu, dalam setengah jam lepastu baru num aku naik. So pi bayar la, kejap je pun. Tak sampai 5 minit. Tunggu kemain lama. Nak salahkan siapa? ha tu korang jawab. And then terus gerak BSN bayar yuran ... pulak. Yang ni aku suka, masuk-masuk ambik num, terus naik num aku. Takde orang pun. hahaha. Lepas tu settle. But, ada satu lagi yuran yang aku tak dapat nak settle cuz nak kuarkan duit limit rm 200. Aku duk pikir punya pikir, baru aku ingat kat Sabak Bernam ada BSN, takpe lah yang tu aku settle time balik sana esok. Balik je bayar semua tu, aku lepak maple dengan eazy and shiraz. Lepak-lepak jap. Sejam pastu gerak balik.


Malam je, lepas mandi semua. Menghadap lappy ni lah kan, apa lagi nak buat. Pastu, ayie call ajak pi karaoke kat Wangsa Walk. Dia kata eazy dgn awey pun ada. Aku pun on je lah, duk rumah bkn buat apa pun. Lagipun esok nak balik dah. Enjoy la selagi boleh enjoy kan. *Padahal baju and barang-barang semua tak pack lagi. hahahah. Takpe, habis aku cerita ni aku pack la. Bak kata pepatah haiqal, "bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian". So, siap-siap jap. Ayie pick up aku kat rumah. Gerak naik kereta Alip katanya. Dalam kul 10 camtu terus gerak Wangsa Walk. Sampai-sampai je biasalah, kalau karok kat sini nak tunggu giliran dia dah macam nak buat i/c, siap nak kena ambik num bagai. Nak buat macam mana, tak pernahnya tak ramai orang kat sini. Tapi okay lah jugak, takde lah lama sgt tunggu. 15 minit je kut. Lepas tu masuk. Dah tu taknak kalah pulak, sekali dua jam teghus karok. hahaha. 


Selama dua jam tu, macam-macam lagulah yang telah berjaya kami sumbangkan untuk didengari orang lain. hahahahaha. Korang mesti nak tahu  lagu yang aku berjaya sumbangkan en. Ha ni  lagunya :


                 1. Kembali Terjalin - Slam (Aku dgn apek suka lagu ni. Lagu wajib do!)
                 2. Meraung - New Boyz.
                 3. Emang Dasar - Wali Band (Lagu wajib gak!)
                 4. Suatu Kenangan - Kristal (aku nyanyi lagu ni teringat kat Ap kat teknik dulu)
                 5. Episod Cinta - Boboy :P
                 6. Baby - Justin Bieber. HAHAHAHAHA :D
                 7. Biarlah Bulan Bicara - Breory Marantika.


So total semua 7 lagu, tak masuk lagu orang lain yang aku dok mencelah sekali. nak pecah jgk la tekak aku duk memekak. Habis dalam pukul 12.20 habis. 20 minit camtu sampai rumah. Terus menghadap lappy ni, tu yang update blog ni. 


Esok pagi-pagi lagi dah gerak Bukit Jalil ambik bas kat sana terus gerak Sabak Bernam. Tak sabarnyaaaaaaaaaaa (pegang bahu, mata pandang atas. Oh yeah!) Maybe lama tak dapat nak update blog ni.   Dah masuk belajar kang kompom busy. kan? hahaha. Tapi jgn risau, ada masa aku update. Lagipun rumah sewa aku ada wifi (kata tuan rumah la kan) Okay lah, tu je yang aku nak cerita pasal sehari before balik Sabak Bernam ku sayang. Maka tamatlah cuti aku untuk sem ni, moga berjumpa dengan cuti sem depan. 2 bulan woo, bapak best gila. Haiqal, John, Shiraz, Awey, Ez and Adam. Ke mana cuti sem depan? HAHA baru nak masuk sem baru, dah cakap pasal cuti. Takpe, rancang je dulu en :P


Hmm, okay lah. Aku nak pi pack barang and kemaskan bilik yang dah macam tongkang pecah ni. Kang mama blk dari Haji, tak pasal-pasal aku kena hambat dengan tong gas. Semoga berjumpa lagi. I will miss Ampang so much. Korang semua jaga diri. Bila-bila nanti aku update lagi. Salam :)


0155/12012010
edzwanismail.

No comments:

Post a Comment