Wednesday, March 30, 2011

Finals beybehh

Hari ni 31/3/2011. Ha tu dia. Ngam-ngam choyy dua minggu lagi dia datang wey. Serius goyang gila sebenarnya neh. Risau pun ada. Sebab ada la 2 subjek tu yang aku macam lampi (lampi ke?) or kalau nak cakap terus terang, TAK TAHU APA-APA do! Selama ni assignment bagai semua duk menyalin member punya. Aku apa pun tak paham. Padahal nak final dah neh. Adeh! Risau doooo. Nak study, tapi bila tgk notes KELAKAR SEBENARNYA NOTES AKU BUKAN TAK KELAKAR -.-' Tapi nak buat macam mana, cuba lah belajar dgn kawan-kawan lain. Usaha tu kan penting. Result semua tu belakang cerita, yang penting usaha dulu en en en? Nasib baik la sem ni 4 paper je. Lagi 2 paper tu nak kata senang tak la senang nak kata susah tak la susah, so so je. And sebenarnya aku dah buat sejarah dalam hidup aku sendiri sebenarnya ni. Semalam 30/3/2011 aku study maths dooo. Bab 1 khatam baii. hahahahaha. Yela, dah taktahu nak buat apa lagi, kelas pun takde. Ha petang ni pun takde kelas. Nak buat apa do? Rasa nak study, tapi tgk member-member rumah semua macam rilek je macam tak de apa pun. Aku pun terpaksa la buat2 rilek padahal goyang. hahahaha. Okay lah, taktahu nak cerita apa lagi. Papehal aku update lagi. Korang jaga diri. Assalamualaikum :)



Friday, March 4, 2011

Kempunan & Mengidam

Salam :) Dah lama tak update blog neh. Malas melampau-lampaulah sekarang ni. Tapi aku gagahkan diri untuk update jugak even malas nak mampus. hehe. Okay, weekend ke-5 dekat rumah sewa kinda not bad. Nak balik, malas pulak. Lepak je lah sini dulu. Takpe lah, duduk sini pun ok apa, tenang and boleh rilek santai-santai kat sini dari balik KL yang sibuk dgn kesibukan kota kan? 


Apa yang aku nak cerita sebenarnya is MUSIM DURIAN DAH MAII WEYYYYY!! Terus terang aku cakap, aku kempunan gila sekarang neh. Mana nak carik pun aku tak tahu. Haihh kalau lah kat rumah sekarang, senang je nak carik kat tepi-tepi jalan tuh. Makan mmg non stop la, 7-8 bijik rilek je aku tapau. Tapi sekarang neh bila la boleh dapat. Hmm. Dah bape hari asyik mimpi durian je neh. Sampai bawak ke dalam mimpi tahap kempunan aku neh. Mmg dah tak boleh tahan dah.  Nak durian dohhhhhhhhhhh :(

Cakap-cakap macam ni tetibe lapar pulak. Takpe lah, sampai sini dulu. Bila-bila free aku udate lagi. Kali ni janji! hahaha. Jaga diri semua. Salam :)

Saturday, February 26, 2011

Tuesday, November 30, 2010

Title untuk cerita ni, korang lah tentukan eh?

Salam kepada sahabat-sahabat dunia maya, 


Sedar tak sedar, cuti aku untuk sem yang pertama ni dah sampai ke penghujungnya. Sekejap je dah 3 minggu. Rasa kejap gila doh.


So, bila dah hujung-hujung ni mulalah jadi kelam-kabut lagi-lagi untuk orang macam aku yang suka buat kerja last minute. Padan muka aku jugaklah kan. hahaha. Bukan nak kejar apa pun, rilek sudah. Ceritanya, esok nak blk rumah sewa, hari ini baru bayar yuran bagai. hahaha. Mula-mula pi keluarkan duit kat CIMB bank kat Pasaraya Hero depan rumah. Plan nak keluarkan Rm 300, sekali tak boleh daa. Baru aku ingat, CIMB bank aku limit keluar sehari Rm 200 je. Sebab aku bukak bank ni time aku sekolah dulu. So takleh keluar lebih dari Rm 200. Aku jadi jam kejap. Then nak buat macam mana, terpaksa la bayar dulu mana yang boleh.


Mula-mula gerak Bank Islam dulu cuz nak bayar Yuran ... tak payah la aku cakap kut yuran apa. Agak menyakitkan hati bila sampai-sampai tgk kemain ramai orang, lepastu bank tu boleh pulak pi bukak 2 kounter je. Salah siapa? salah aku. Padan muka aku lagi sekali. Tunggu punya tunggu, dalam setengah jam lepastu baru num aku naik. So pi bayar la, kejap je pun. Tak sampai 5 minit. Tunggu kemain lama. Nak salahkan siapa? ha tu korang jawab. And then terus gerak BSN bayar yuran ... pulak. Yang ni aku suka, masuk-masuk ambik num, terus naik num aku. Takde orang pun. hahaha. Lepas tu settle. But, ada satu lagi yuran yang aku tak dapat nak settle cuz nak kuarkan duit limit rm 200. Aku duk pikir punya pikir, baru aku ingat kat Sabak Bernam ada BSN, takpe lah yang tu aku settle time balik sana esok. Balik je bayar semua tu, aku lepak maple dengan eazy and shiraz. Lepak-lepak jap. Sejam pastu gerak balik.


Malam je, lepas mandi semua. Menghadap lappy ni lah kan, apa lagi nak buat. Pastu, ayie call ajak pi karaoke kat Wangsa Walk. Dia kata eazy dgn awey pun ada. Aku pun on je lah, duk rumah bkn buat apa pun. Lagipun esok nak balik dah. Enjoy la selagi boleh enjoy kan. *Padahal baju and barang-barang semua tak pack lagi. hahahah. Takpe, habis aku cerita ni aku pack la. Bak kata pepatah haiqal, "bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian". So, siap-siap jap. Ayie pick up aku kat rumah. Gerak naik kereta Alip katanya. Dalam kul 10 camtu terus gerak Wangsa Walk. Sampai-sampai je biasalah, kalau karok kat sini nak tunggu giliran dia dah macam nak buat i/c, siap nak kena ambik num bagai. Nak buat macam mana, tak pernahnya tak ramai orang kat sini. Tapi okay lah jugak, takde lah lama sgt tunggu. 15 minit je kut. Lepas tu masuk. Dah tu taknak kalah pulak, sekali dua jam teghus karok. hahaha. 


Selama dua jam tu, macam-macam lagulah yang telah berjaya kami sumbangkan untuk didengari orang lain. hahahahaha. Korang mesti nak tahu  lagu yang aku berjaya sumbangkan en. Ha ni  lagunya :


                 1. Kembali Terjalin - Slam (Aku dgn apek suka lagu ni. Lagu wajib do!)
                 2. Meraung - New Boyz.
                 3. Emang Dasar - Wali Band (Lagu wajib gak!)
                 4. Suatu Kenangan - Kristal (aku nyanyi lagu ni teringat kat Ap kat teknik dulu)
                 5. Episod Cinta - Boboy :P
                 6. Baby - Justin Bieber. HAHAHAHAHA :D
                 7. Biarlah Bulan Bicara - Breory Marantika.


So total semua 7 lagu, tak masuk lagu orang lain yang aku dok mencelah sekali. nak pecah jgk la tekak aku duk memekak. Habis dalam pukul 12.20 habis. 20 minit camtu sampai rumah. Terus menghadap lappy ni, tu yang update blog ni. 


Esok pagi-pagi lagi dah gerak Bukit Jalil ambik bas kat sana terus gerak Sabak Bernam. Tak sabarnyaaaaaaaaaaa (pegang bahu, mata pandang atas. Oh yeah!) Maybe lama tak dapat nak update blog ni.   Dah masuk belajar kang kompom busy. kan? hahaha. Tapi jgn risau, ada masa aku update. Lagipun rumah sewa aku ada wifi (kata tuan rumah la kan) Okay lah, tu je yang aku nak cerita pasal sehari before balik Sabak Bernam ku sayang. Maka tamatlah cuti aku untuk sem ni, moga berjumpa dengan cuti sem depan. 2 bulan woo, bapak best gila. Haiqal, John, Shiraz, Awey, Ez and Adam. Ke mana cuti sem depan? HAHA baru nak masuk sem baru, dah cakap pasal cuti. Takpe, rancang je dulu en :P


Hmm, okay lah. Aku nak pi pack barang and kemaskan bilik yang dah macam tongkang pecah ni. Kang mama blk dari Haji, tak pasal-pasal aku kena hambat dengan tong gas. Semoga berjumpa lagi. I will miss Ampang so much. Korang semua jaga diri. Bila-bila nanti aku update lagi. Salam :)


0155/12012010
edzwanismail.

Sunday, November 28, 2010

Rindu-rinduan.

Aku bosan sekarang ni, sepatutnya sekarang ni aku dekat maple tgk bola, tapi disebabkan hujan turun dengan lebatnya terpaksa tangguhkan hasrat tu sebentar, Then dalam tak buat apa-apa tu, baik aku update blog yang masih lagi suci murni ni. hehh.

Rindu? Aku sure korang tahu rindu tu apa, orang gila je tak tahu. Bila cakap pasal rindu, macam-macam la yang lalu kat kepala hotak korang tu, ada yang rindu kat girlfriend rindu dekat boyfriend, rindu dekat kucing yang dah mati korang beli dari kecik, macam-macam lah jenis rindu yang ada kan. Terpulang dekat korang la nak rindu siapa ye. 

Tapi kalau korang tanya aku, hmm for sure la orang yang paling aku rindu is my late father. Rindu sangat-sangat. Kenapa lah lately ni aku selalu sgt teringat kat babah. Tak salahkan? Aku cuma rindu babah. Even dah lama babah pergi, tapi aku rasa mcm baru semalam je jumpa babah. Hmm, tapi aku sedar, yang hidup pasti akan mati. And kita yang hidup ni mesti teruskan hidup kita yang tak pasti neh. Aku cuba kuatkan semangat aku untuk terima semua ni dgn redha. Al-fatihah.

Sorang lagi yang aku rindu sangat-sangat sekarang ni is my mom. Aku rasa korang pun tahu kut mama aku pergi mana. Takpe lah, untuk yang tak tahu, mama sekarang ni tengah menjalankan ibadah haji kat Mekah. Dah lama dia pergi sana, tengah-tengah bulan 10 yang lepas. InsyaAllah, mama akan pulang kembali on 6 December. Sama-sama lah doakan keselamatan mama and semoga mama dapat Haji yang mabrur. Amin. Tersangat rindu dah ni :')

Eh, okay lah. Hujan pun dah nak berhenti ni. nanti update lagi. Salam :)

2312/11282010
edzwanismail.


Tensi serta Stress yang meluak-luak.

Haihh. Entah kenapa kali ni aku rasa tension sangat. Banyak sangat masalah aku neh. Macam-macam duk pikir je. Yuran tak bayar lagi, transport kat poli entah tktahu, paling ketara is masalah kewangan. Cukup-cukup masalah. Ni semua PTPTN punya pasal, kalau kau luluskan pinjaman aku, takde lah aku masalah mcm ni. Sem depan kalau aku tak dapat, taktahu nak cakap la. dah 3 kali cuba. Aku redha je lah, yang penting dah cuba. Kalau ada, ada lah. Takde nak buat macam mana. Terpaksa teruskan dengan plan B. 


 Hmm, sedar tak sedar cuti first sem aku dah nak sampai penghujungnya. Rasa sekejap sangat. Tapi takpe lah, cuti lama-lama pun bkn buat apa, bosan je plus membekukan otak yang agak lampi neh. Rasa-rasanya aku boleh ingat semua aktiviti aku time cuti ni, nothing. Rutin yang sama setiap hari. Bangun nak dekat-dekat petang. Malam keluar lepak minum. Kalau ada futsal pergi futsal. Tu je lah rutin harian. Tak berubah. Konklusinya, aku dah mula bosan dengan rutin harian yang sama hari-hari. At least kalau masuk belajar cepat boleh jumpa kawan-kawan and kalau belajar pun takde la rasa lama sgt en en :P  


So, bila kata pasal dah nak habis cuti, then result pon keluar  lah ye. Hmm, tak tahu nak nilai macam mana result aku neh. Study ala kadar, result pun ala kadar la kan? Ada kata ok, ada kata tak ok. Entah lah, aku rasa macam ok ada mcm tak ok pun ada. Tapi apa pun result yang aku dapat, aku kena lah terima. Dah itu yang aku buat. Nak menyesal pun takde guna. Benda dah lepas kan. Fokus la pulak next sem. *macam pernah pulak fokus. hahaha! takpe-takpe, sem baru azam baru lah kan. Mana lah tahu, rezeki aku ke sem depan. InsyaAllah :)


Aku tak rasa nak cakap panjang-panjang lagi buat masa ni, cukup lah ni kut. Lain kali lah pulak aku update. Jaga diri, Salam :)


2206/11282010
edzwanismail.

Al-kisahnya

Hmm. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh terjebak dalam aktiviti blogging-memblogging neh. Barangkali tahap kebosanan aku dah melampau-lampau hendaknya. Dari tak buat apa, duk baca blog orang, kenapa tak aku buat blog sendiri ye dak? Okay lah. Aku nak cerita sikit serba sedikit tentang diri aku yan tak seberapa neh. hehe. Nama aku Edzwan b Ismail. Umur 18tahun ++. Anak keempat dari lima orang anak. Tak kacak, tak comel, tak hensem, tak hebat, segala jenis tak semua aku. Serba-serbi tak aku neh. Tapi aku tetap aku lah kan, takde siapa boleh jadi aku. Lagi apa yang korang nak tahu pasal aku? Cukup la tu kut? Lain-lain tanya direct je lah. Tak berapa nak rajin nak menaip sebenarnya ni. Habis sampai sini dulu ye. Lain kali aku update lagi. Salam :)



2102/11282010.
edzwanismail.